Saturday, September 17, 2011

Penangan HArga.

hurm, sebenarnya x tau la nk tulis pe dalam entry kali nh.so dalam dok terpikir2 2 kan, tetiba terkeluar pasai harga ayam serama dalam fikiran.so pe lagi, post jela. p/s:sekadar luahan pendapat, harap tiada sape2 tersinggung. =)

hurm.. 1st question. KENAPA HARGA AYAM SERAMA MAHAL?
2nd question. KENAPA SESETENGAH BREEDER YANG BARU SETAHUN JAGUNG MEMBELA AYAM PON MENJUAL AYAM SERAMA DENGAN HARGA YANG MAHAL?
3rd question. KENAPA SAYA MEMPERSOALKAN KESEMUA SOALAN INI?

Haaaaa.. hanya penjual yang ada jawapan dia. =) sesiapa yang rasa nk berkongsi sila la tinggalkan pesanan anda di sini ya.~!

p/s: Semua yang di berikan seperti anak a, anak b, anak c, pembaka, induk dan macam2 lagi adalah anugerah Yang Maha Esa. kita sebagai hamba hanya mampu berdoa. Jangan ambil kesempatan di setiap kelebihan yang ada.andai kata bila kita membela,kita dikurniakan rezeki lebih,harap kita tidak terlalu tamak dan memikirkan tentang dunia semata. di luar sana,ada beribu orang yang ingin menceburi arena ini tapi kita x pernah bagi mereka peluang.kita tutup niat mereka,kita matikan harapan mereka kerana apa?? kerana kita manusia tamak.kata nk memartabatkan arena seni serama tapi bila benda mcm nh berlaku,apa tindakan kita? mana pergi kata2 harapan? mana pergi perjuangan asal? =)
renung2 kan dan selamat beramal.

Friday, September 9, 2011

Rezeki Raya.

Salam.
Hurm.
Kenyang perut kita bulan syawal nh kan.
Asyik makan je.
Kalau boleh kawan2, jgn terlalu byk sangat makan.
Tak elok.
Bukan pe,bulan syawal nh bukan lah bulan balas dendam setelah penat kita berpuasa selama sebulan.
Ambil pula keberkatan bulan syawal nh dgn mengunjungi kawan2,sanak saudara dan rakan2 jauh dan kalau boleh makan dalam keadaan berpada2.
Saya tau bulan nh pon saya banyak rumah terbuka, owg kawen dan macam2 majlis yang terpaksa saya hadiri.
So Selamat menyambut Hari Raya lagi. Puasa sebulan, raya pon sebulan la gak~!
hehehehehe.. =)

P/s: dah janji nk upload gambar rezeki raya kan. So tgok la. chomel. =) (bukan anak tornado,tapi anak si kubing dgn kurek. tapi disebabkan maknya x reti mengeram, so dijadikan anak angkat kepada pasangan submerine. hahahaha.. ayam pon ada ibu angkatkan. =) )


Sunday, September 4, 2011

Happy Eid

Salam kepada semua. Pertama sekali Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua umat Islam. Harap maafkan dan halalkan makan minum saya selama kita berkawan yer kawan2. Kalau ada silap dah salah TEr maki,TEr mengumpat,Ter semua nyer la. Saya hanya manusia biasa. Yang tidak mampu lari dari melakukan kesilapan. May dis Aidilfitri brings happiness to everybody. =) lama betol x update blog, maklum la persiapan raya tue meriah betol. hahaha~ ada budget skit tok tahun nh, tu yg sakan sangat 2, tapi sakan pon dalam keadaan berpada2 gak la~ hehehehe~

p/s: Alhamdulillah, ada rezeki bulan syawal nh. Salah sekor dari induk di rumah 2 sudah mempunyai anak. Menetas sekor dari 6 biji telur. Harap dalam masa terdekat ini ada lagi la yg bakal keluar. (serunuk,bukan apa dah lama sangat tunggu baru ada hasil.) yela,kita nh bukan breeder besar2, ayam pon ada brape pasang je. hahaha.tgok la mcmaner,kalo ada rezeki nanti buat la reban besar2 skit. bagi depa suma selesa. hehehe.


Tuesday, August 9, 2011

Al-kisah di malam hari.


*Kepala kecik, kaki halus, dada mcm Pamela Anderson. aduh, x tahan~! =) Tunggu kemunculan ia di Bon-bon serata Malaysia.


*update terbaru gmbar Tenggiling Besi saya bagi sesiapa yang merindui ia. dada sangat seksi. dengan pandangan ala2 abg Long Padil (KL Gangster) mampu mencairkan setiap pelusuk betina yang ada di arena ini. hehehehehe.. (guraw bulan puasa, jgn mara noh)...=) peace~!


Sunday, August 7, 2011

watak sampingan



Salam semua.
Tiada yang menarik pada entry kali ini. Juz update untuk tunjukkan pembaka sepenuh masa yang sedia ada di rumah. =) ayam x banyak,so yg mana ada,agak yang cantek skit 2 kita tunjukkan la kt dlm blog nh. Masih dara, belum lagi penah bertelur. Mungkin belum ada rezeki lagi kot.harap2 pasnh menjadi la. kita berusaha, tapi Yang Maha Esa yang tentukan semuakan. Bersyukur dengan apa yang kita ada.
P/s: Mencari incubutor penetasan telur ayam. Kalau ada sesiapa yang membuat,yang nengedar,yang ada,ingin menjual,jgn malu jgn segan contact2 la saya. kena harga kita beli~! =)
Sekian. Selamat Bepuasa.



Tuesday, August 2, 2011

Tenggiling Harapan


Salam selamat malam untuk semua,.
Seperti yang kita lihat, ini lah gmbar terbaru Tenggiling Besi saya yang saya beli dari Kedah. ganas kan. =) Alhamdulillah, rezeki yang Maha Esa. Harap pasnh lagi selam la Tenggiling Besi ini dan seterusnya Insyaallah kalau tiada aral melintang akan turun ke bon2 kecil untuk memeriahkan lagi arena seni serama ini (mungkin lepas raya la..bagi ayam nh puasa dulu.. hehehehe..=)) Sekian. Majulah serama untuk masa kini,dulu dan selamanya. =)
Salam ramadhan buat semua.
Di harap dengan kedatangan Ramadhan kali ini membawa seribu satu erti buat kita semua. Harap kali ini Ramadhan dapat memberi sinar dan harapan baru kepada kita semua.
P/s: Gambar disebelah antara pembaka sepenuh masa saya. hehehe. Sangat kecil dan comel. Bertelur chantek dan sangat garang. =)