Sunday, August 26, 2012

happy Eid Mubarak

selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.


Tuesday, November 29, 2011

Tornado selepas mandi

ambil mood dulu sebelum mandi. =)

di tengah jemuran.
mendada seksi.

p/s: Untuk tujuan upgrade reban, kalau ada sesiapa yang rase nk merisik boleh la kol2. jgn malu2. =)

Monday, November 21, 2011

Menang lagi. =)

Tahniah diucapkan kepada pasukan HARIMAU MALAYA kerana berjaya memenangi pingat emas di Sukan Sea di Palembang semalam. Diharap dengan kejayaan semalam memberi semangat untuk terus mencipta kejayaan demi kejayaan di masa akan datang. hurm,semangat yang macam 2 patut kita patuhi bila kita menjalani kehidupan.jgn mudah patah semangat, jangan mudah gugur di medan perang. =) even kita main serama sekali pon, jika kita mudah mengalah,maka pe yang kita usahakan selama ini akan menjadi sia-sia.

P/s: Sekali skala kita kena tahu pasai isu semasa gak. Asyik main serama sepanjang masa pon xlei gak. =) Jangan lupa untuk ke Stadium Bukit Jalil hari rabu ini untuk perlawanan kelayakan sukan olimpik di antara Harimau Malaya menentang Syria. Go MALAYSIA Go~!!

Friday, November 18, 2011

bukan rezeki.

Salam buat semua. =)
hurm.. x tau nk cakap mcmane, tapi mungkin setiap yang berlaku ada hikmahnya. Setiap yang hidup pasti akan kembali. kita hanya merancang tapi Yang Maha Esa yang tentukan.takpe la, mungkin bukan jodoh saya dgn dengan serama2 saya. seekor demi seekor mati meninggalkan saya. dari si kubing,sehingga anaknya. hurm..kesedihan masih menyelubungi saya. maklum la ayam kt rumah x banyak,bila mati 2 terasa la skit. adoi. so masuk ari ini dah 4 ekor dah yang dah jalan. nk di tambahkan cerita,yang di eram dalam incubutor pon x menjadi. sedih dan sedih dan sedih. tapi ianya x mematahkan semangat saya. asam garam main serama kan. =) maka dengan ini saya akan mencari baka-baka baru yang boleh dijadikan potensi untuk dijadikan pembaka di rumah. so, kawan2 kalau ada sesiapa yang ada pembaka yang hendak di jual boleh la halo2 saya di talian 017-3173556.

Thursday, October 13, 2011

Ayam Pulang Petang.




Gambar terkini anak tenggiling perkasa dgn si kurik. Agak2 jantan ke betina? Harap jantan la. =) Ciri2 kaler banyak ikut ibu, tapi dari segi perangai banyak ikut bapa. Gambar diambil ketika dia sedang berjalan2 pusing kampung. hahaha. Sesiapa rasa berhajat nak sunting bolehlah try2 merisik. =)

p/s: Cara jalan dia x tahan 2,berjengket2 mcm kaki 2 xlei letak kt bawah je. Tgok pon geram. =) tapi besar x tahu la kan. Sok lusa jalan menunduk plak ke~
Apapun berlaku, Alhamdulillah. Rezeki Yang Maha Esa.

Monday, October 10, 2011

incubutor baru dan ...


salam.lama sungguh x update blog.wah!! adoi. busy la katakan. nk dekat2 akhir tahun nh kan. tapi takpe kerana minggu nh ada cerita baru.. dalam minggu lepas saya ada pesan incubutor manual dari seorang hamba allah di hulu langat.borak punya borak, dan bila hati dan berkenan saya pon beli la incubutor 2 dari dia. alhamdulillah, bolei pakai, senang pakai. produktif gak la incubutor nh.saya pon letak 4 biji telur dalam dia untuk permulaan. harap menetas la dgn jayanya.dah try candling tgok ada benih semuanya. =) harap kalau ada rezeki tetas la anak si kubing dan si kurik. hurmmm.si kurik dan si kubing 2 xde nama lagi. nk letak nama apa eh? hurmm. tenggiling perkasa? ok x? tornado dah nama tenggiling besi so bagi dia nama tenggiling perkasa la plak.badan pon besar.kena la dgn gagah dia.. hahaha..=)

p/s: nanti saya update gmbar tornado setelah mandi.sekarang rajin mandikan dia. bagi wangi.update skali gmbar anak si tenggiling perkasa dan si kurik =) tapi x tau jantan ke betina.

Saturday, September 17, 2011

Penangan HArga.

hurm, sebenarnya x tau la nk tulis pe dalam entry kali nh.so dalam dok terpikir2 2 kan, tetiba terkeluar pasai harga ayam serama dalam fikiran.so pe lagi, post jela. p/s:sekadar luahan pendapat, harap tiada sape2 tersinggung. =)

hurm.. 1st question. KENAPA HARGA AYAM SERAMA MAHAL?
2nd question. KENAPA SESETENGAH BREEDER YANG BARU SETAHUN JAGUNG MEMBELA AYAM PON MENJUAL AYAM SERAMA DENGAN HARGA YANG MAHAL?
3rd question. KENAPA SAYA MEMPERSOALKAN KESEMUA SOALAN INI?

Haaaaa.. hanya penjual yang ada jawapan dia. =) sesiapa yang rasa nk berkongsi sila la tinggalkan pesanan anda di sini ya.~!

p/s: Semua yang di berikan seperti anak a, anak b, anak c, pembaka, induk dan macam2 lagi adalah anugerah Yang Maha Esa. kita sebagai hamba hanya mampu berdoa. Jangan ambil kesempatan di setiap kelebihan yang ada.andai kata bila kita membela,kita dikurniakan rezeki lebih,harap kita tidak terlalu tamak dan memikirkan tentang dunia semata. di luar sana,ada beribu orang yang ingin menceburi arena ini tapi kita x pernah bagi mereka peluang.kita tutup niat mereka,kita matikan harapan mereka kerana apa?? kerana kita manusia tamak.kata nk memartabatkan arena seni serama tapi bila benda mcm nh berlaku,apa tindakan kita? mana pergi kata2 harapan? mana pergi perjuangan asal? =)
renung2 kan dan selamat beramal.